top of page
Search
  • Writer's pictureYanne

Excel untuk Supply Chain Management ( Logistik, Inventory dan Production etc.)



Excel setakat ini adalah tool set yang paling mudah dan serasi digunakan untuk kerja rantaian bekalan (supply chain ) seperti logistik, gudang dan produksi. Excel juga berterusan menjadi aplikasi pilihan untuk setiap tugas menganalisis statistik dan pembentangan grafik.


Ia juga membolehkan pengguna mendokumentasikan rutin , pemeriksaan berkala dan pengumpulan data. Untuk seseorang yang terlibat didalam bidang ini, memahami fungsi-fungsi Excel seperti ‘if’ dan VLOOKUP akan memberikan kelebihan kepada karier mereka. Ini kerana didalam bidang ini, Excel banyak digunakan untuk menganalisis data, mengira permintaan produck dan inventori.


Disini, kami sertakan 4 sebab kenapa Excel sangat menjadi pilihan didalam bidang ini:


1. Mudah untuk dipelajari dan digunakan.


Untuk menggunakan Excel anda tidak memerlukan Ijazah mahupun PhD kerana ianya amat mudah untuk dipelajari. Malah, terdapat banyak tutorial online sama ada artikel, video di dalam website yang anda boleh cari. Mungkin jika agak sukar untuk belajar sendiri dan anda ingin belajar dengan lebih cepat dan efektif, terdapat banyak ‘trainer’ yang diperakui yang menawarkan kelas atau kursus mengajar untuk setiap topic atau peringkat.


2. Anda boleh gunakan Excel mengikut ketetapan anda sendiri secara spesifik.


Excel boleh digunakan untuk pelbagai tugas dengan pelbagai cara. Setiap orang mempunyai tugas tersendiri dan juga kreativti sendiri bagaiman mereka mahu menganalisis dan mempersembahkan data tersebut. Ada yang lebih gemar menganalisis data menggunakan carta bar dan ada yang menggunakan carta garisan atau carta pai. Kesimpulannya, tiada had di dalam Excel tentang bagaimana cara anda menggunakannya untuk mengumpul atau menganalisis data jika anda mahir mahir dengan semua ‘features’ Excel.


3. Mudah diakses di mana- mana sahaja dengan mudah dan cepat.


Di zaman yang canggih dengan kemudahan teknologi kini, sudah semestinya kita boleh mendapat akses untuk menggunakan komputer dimana- mana sahaja seperti di rumah, oejabat, sekolah dan juga pusat kafe siber. Maka, dengan kemudahan ini anda boleh menggunakan Excel tidak kira dimana dan bila- bila masa sahaja. Anda juga boleh menyimpan data Excel ini didalam peranti teknologi seperti telefon pintar, computer riba, pendrive serta anda boleh menghantar kepada orang lain melalui email. Excel membolehkan anda berkongsi data dengan rakan sekerja mahupun ketua anda untuk memudahkan kerja kerja dipejabat.


4. Tidak terlalu mahal untuk dimiliki.


Excel sangat sesuai untuk digunakan syarikat yang masih berkembang didalam industry kerana ia jauh lebih murah berbanding software yang sedia ada didalam pasaran untuk bidang ini.


98 views0 comments
ms-excel.png
bottom of page