top of page
Search


Excel setakat ini adalah tool set yang paling mudah dan serasi digunakan untuk kerja rantaian bekalan (supply chain ) seperti logistik, gudang dan produksi. Excel juga berterusan menjadi aplikasi pilihan untuk setiap tugas menganalisis statistik dan pembentangan grafik.


Ia juga membolehkan pengguna mendokumentasikan rutin , pemeriksaan berkala dan pengumpulan data. Untuk seseorang yang terlibat didalam bidang ini, memahami fungsi-fungsi Excel seperti ‘if’ dan VLOOKUP akan memberikan kelebihan kepada karier mereka. Ini kerana didalam bidang ini, Excel banyak digunakan untuk menganalisis data, mengira permintaan produck dan inventori.


Disini, kami sertakan 4 sebab kenapa Excel sangat menjadi pilihan didalam bidang ini:


1. Mudah untuk dipelajari dan digunakan.


Untuk menggunakan Excel anda tidak memerlukan Ijazah mahupun PhD kerana ianya amat mudah untuk dipelajari. Malah, terdapat banyak tutorial online sama ada artikel, video di dalam website yang anda boleh cari. Mungkin jika agak sukar untuk belajar sendiri dan anda ingin belajar dengan lebih cepat dan efektif, terdapat banyak ‘trainer’ yang diperakui yang menawarkan kelas atau kursus mengajar untuk setiap topic atau peringkat.


2. Anda boleh gunakan Excel mengikut ketetapan anda sendiri secara spesifik.


Excel boleh digunakan untuk pelbagai tugas dengan pelbagai cara. Setiap orang mempunyai tugas tersendiri dan juga kreativti sendiri bagaiman mereka mahu menganalisis dan mempersembahkan data tersebut. Ada yang lebih gemar menganalisis data menggunakan carta bar dan ada yang menggunakan carta garisan atau carta pai. Kesimpulannya, tiada had di dalam Excel tentang bagaimana cara anda menggunakannya untuk mengumpul atau menganalisis data jika anda mahir mahir dengan semua ‘features’ Excel.


3. Mudah diakses di mana- mana sahaja dengan mudah dan cepat.


Di zaman yang canggih dengan kemudahan teknologi kini, sudah semestinya kita boleh mendapat akses untuk menggunakan komputer dimana- mana sahaja seperti di rumah, oejabat, sekolah dan juga pusat kafe siber. Maka, dengan kemudahan ini anda boleh menggunakan Excel tidak kira dimana dan bila- bila masa sahaja. Anda juga boleh menyimpan data Excel ini didalam peranti teknologi seperti telefon pintar, computer riba, pendrive serta anda boleh menghantar kepada orang lain melalui email. Excel membolehkan anda berkongsi data dengan rakan sekerja mahupun ketua anda untuk memudahkan kerja kerja dipejabat.


4. Tidak terlalu mahal untuk dimiliki.


Excel sangat sesuai untuk digunakan syarikat yang masih berkembang didalam industry kerana ia jauh lebih murah berbanding software yang sedia ada didalam pasaran untuk bidang ini.


98 views0 comments

Jabatan pengurusan sumber manusia atau lebih dikenali sebagai HR Department adalah jabatan yang paling diperlukan di dalam sesebuah syarikat untuk perkembangan syarikat sekaligus pembangunan sumber tenaga manusia syarikat tersebut. HR bertanggungjawab untuk menguruskan sumber pekerja dari segi pengambilan pekerja, memberi latihan dan pembangunan, menguruskan pampasan dan faedah pekerja, memberi gaji, dan pengekalan pekerja.


Profesi HR tidaklah mudah seperti yang disangka apabila kita bayangkan tugas-tugas mereka adalah menguruskan kebajikan semua pekerja didalam syarikat.


Namun, terdapat 5 features yang power yang kami dapat dari defeatexcel.com untuk menjimatkan masa anda sebagai seorang pegawai sumber manusia menyiapkan tugas anda dari hari dan jam kepada beberapa minit sahaja!


1. TODAY


2. DATEDIF




3. EDATE



4. COUNTIF







5. SUMIF




66 views0 comments

Updated: Aug 27, 2018

Menurut Chandoo (terdapat 10 features yang sering digunakan dan menjadi kegemaran pengguna Excel. Bagi pendapat kami, 10 features ini amat membantu untuk memudahkan urusan kerja dipejabat malahan menjadikan orang yang paling diperlukan di dalam syarikat.


Jadi, mari lihat 10 features yang telah di senaraikan oleh Chandoo.


1. Formula Excel




2. VBA, Macros & automation

3. Pivot tables

4. Lookup Formulas



5. Excel Charts



6. Sorting and Filtering Data



7. Conditional Formatting


8. Drop down validation & form controls


9. Excel Tables & Structural References



10. PowerPivot, Data Explorer & Data Analysis features.

42 views0 comments
ms-excel.png
bottom of page